Kos penubuhan sebuah Syarikat Sdn Bhd baru hanya berharga RM2, 000 (Pakej Penuh, Tiada Kos Tersembunyi dan Tempoh Sangat Terhad) tidak termasuk Yuran Kesetiausahaan Syarikat Tahun Pertama. Kebiasaannya kos untuk menubuhkan sebuah Syarikat Sdn Bhd di Malaysia adalah dalam lingkungan antara RM2, 200 hingga RM3, 500 yang mana kos tersebut tidak termasuk Yuran Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Bagi Tahun Pertama. Kos pakej kami dalam menubuhkan syarikat sdn bhd baru adalah antara yang terendah di Malaysia. Penjimatan kos bernilai antara RM700 hingga RM2, 000 jika anda memutuskan untuk memilih perkhidmatan setiausaha syarikat kami.
Pakej Pemerbadanan Holistik kami sebanyak RM2,000 termasuk antara lainnya:-
- Yuran Pemerbadanan perlu dibayar kepada SSM- RM1,000.
- Pembekalan Maklumat Korporat kepada Agensi Terpilih yang dikenakan oleh SSM- RM10.
- Mohor Biasa, Buku Berkanun & Sijil Saham- RM250.
- Sijil Pemerbadanan dibayar kepada SSM- RM50.
- Caj Pesuruhjaya Sumpah (yuran perakuan)- RM10 hingga RM30.
- Nama Promoter/Pengarah sehingga 2 orang dan setiap orang tambahan dengan bayaran tambahan RM50 setiap seorang.
- Kos perjalanan untuk pelbagai tugas- RM100.
- Percuma 3 Set Dokumen Berkanun Salinan Benar (CTC) pertama untuk membuka akaun bank, dsb.
- Menyediakan resolusi Lembaga Pengarah secara percuma jika anda berhasrat untuk membuka akaun bank syarikat baharu.
- Bilik Persidangan yang Kondusif untuk syarikat anda mengadakan mesyuarat, dll dengan bayaran yang sangat minimum.
- Kami menyediakan Rakan Bersekutu Perniagaan yang berkelayakan dan berlesen untuk dilantik menjadi Juruaudit dan Ejen Cukai Syarikat anda.
- Harga yuran kami untuk perkhidmatan yang disediakan selepas penubuhan syarikat adalah sangat berpatutan dan berdaya saing.
- Hanya mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja untuk menubuhkan sebuah Syarikat Sdn Bhd yang baru.