Bagi meraikan pelanggan yang sanggup berhijrah dan memilih perkhidmatan kesetiausahaan syarikat di firma kami, kami dengan ini menawarkan pengecualian yuran tahunan setiausaha syarikat untuk tahun pertama sahaja bernilai RM900. Manakala untuk tahun-tahun berikutnya yuran setiausaha syarikat akan kembali kepada yuran standard sebanyak RM900 setahun.
Untuk menikmati tawaran istimewa ini, syarikat tuan/puan yang telah berhijrah ke firma kami tersebut mestilah melantik Juruaudit Luar Bertauliah untuk mengaudit penyata kewangan syarikat tuan/puan dan dari firma juruaudit luar bertauliah yang telah pun berdaftar dengan firma kami bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun kewangan pertama. Syarikat tuan/puan juga mestilah mendapatkan perkhidmatan percukaian yang ditawarkan oleh firma kami bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun kewangan pertama. Jika sebaliknya, syarikat tuan/puan tidak akan menikmati tawaran yang maha hebat itu.